Program Lawa On-The-Go (Resumepreneur - Usahawan Kecil Wanita Digital)
27 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 Jun 2025, telah berlangsung Program Lawa On-The-Go (Resumepreneur - Usahawan Kecil Wanita Digital). Program ini berlangsung di NADI Kampung Surau pada jam 09:00 pagi sehingga 4:00 petang. Program ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Program ini adalah Kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis.
Tujuan program ini diadakan untuk mengajar peserta cara membuat resume secara profesional, apa yang majikan mahukan. Peserta diajar membuat resume menggunakan Microsoft Word dan Canva. Selain itu, peserta diajar menyediakan resume untuk pelbagai kategori pelanggan. Cara promosi & jual servis resume online.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan orang awam dan dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan pihak Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: